Saturday, March 28, 2009

SALAM PEMBUKAAN & MUKADIMAH

Assalamualaikum,

Pada hari ini tanggal 28hb. Mac, 2009 tepat jam 3.33 pagi saya mula menulis 'posting' sulong dalam blog ini. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan semua bekas pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin untuk melawati blog  ini sebagai wadah sementara menghimpun kembali jemaah agar dapat bertaut kembali dalam hubungan 'silaturrahim' yang diredhai oleh ALLAH SWT. Justeru, adalah diharapkan kepada yang sudi menjenguk ke blog ini walau hanya seketika cuma agar dapat mewarwarkan kepada sahabat-sahabat yang lain tentang kewujudannya.

Adalah digalakkan juga untuk meninggalkan maklumat peribadi melalui ruangan komen kepada posting ini. Sila catatkan nama, alamat, no telefon/hp, status perkahwinan, aktiviti/pekerjaan semasa dan sebagainya yang dirasakan perlu. Maklumat yang diperolehi akan disimpan sebagai pengkalan data bagi memudahkan AJK Penaja (yang telah dilantik dalam pertemuan pertama pada Hari Raya Ketiga Aidilfitri yang lepas) untuk membuat sebarang pemakluman tentang apa sahaja aktiviti yang akan dirancang untuk tempoh seterusnya INSYAALLAH.

Di kesempatan yang lain, saya akan memaparkan senarai AJK Penaja yang telah dilantik untuk tempoh sehingga pertemuan akan datang.

Salam Ukhuwwah

NAZARUDDIN MOHAMAD
Pengerusi AJK Penaja ALUMNI SKBK
x-kuinners